Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday 24 April 2012

Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part II)

Ringkasan mengenai Peperangan Badar telah kiter tulis di entry sebelum ni di bawah tajuk Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part I) . Hari ni kiter akan sambung part II. Moga penulisan ini memberi seribu makna kepada setiap org yg membacanya.


Pengajaran daripada kisah Perang Badar

Part II :  Kisah Suhail bin Amr orang quraisy yg menjadi tawanan Badar.

Suhail bin Amr merupakan jurucakap bagi orang bukan islam. Beliau merupakan antara 70 orang Quraisy yang menjadi tawanan Badar. Suhail bin Amr merupakan penceramah Quraisy yang selalu menggunakan ucapan-ucapannya bagi memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Apabila Suhail bin Amr ditawan, Umar meminta izin drpd Nabi Muhammad SAW untuk memenggal kepala Suhail. Kemudian Umar meminta izin untuk mencabut semua giginya supaya tidak dapat lagi berucap menentang islam.  Nabi Muhammad SAW tidak membenarkannya. Rasullah berkata, "mungkin suatu hari nanti dia akan berbuat sesuatu yang baik untuk Islam". Memang benar telahan Rasullah. Selepas itu, Suhail memeluk Islam dan menjadi orang Islam yang baik.

Selepas kematian Nabi Muhammad SAW, berlaku ujian murtad dimana kebanyakkan suku-suku Arab murtad. Orang-orang Mekah juga hampir murtad. Suhail bin Amr lah insan yang mengukuhkan kembali mereka kepada islam. Begitulah iman dan islam dapat mengubah manusia.


Oleh yang demikian, tanamkan sifat pemaaf di dalam diri kita sesungguhnya Allah SWT menyintai orang yang pemaaf :

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Memang benar sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan :

Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Mungkin kebaikan tidak lagi dilihat pada orang yang selalu tidak menyenangkan hati kita, InsyaAllah suatu hari nanti kebaikkan akan dapat kita lihat pada dirinya.  

Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Maha Tahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”


source : 
Biografi Muhammad bin Abdullah, Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, PTS Islamika Sdn Bhd.
http://halaqah.net : Topik: Sifat Pemaaf Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa

No comments:

Post a Comment