Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday 9 April 2012

Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part I)

Semangat cintakan Rasullah SAW merupakan pendorong untuk menulis dan berkongsi ilmu yang dibaca .. Moga Allah SWT memberkati penulisan ini ..



Ringkasan mengenai Peperangan Badar
  • Berlaku di Badar yang merupakan sebuah kawasan mata air
  • Perang Badar merupakan perang yang singkat iaitu hanya 2 jam
  • Umat islam yang menyertai peperangan ketika itu hanyalah seramai 313 orang 
  • Tentera lawan yakni tentera quraisy adalah hampir 1000 orang
  • Peperangan pertama yang turut disertai oleh 1000 Malaikat di atas kuda putih yang diketuai oleh Jibril
  • Seramai 70 orang tentera bukan islam terbunuh dan 70 orang ditawan
  • Tanda2 mayat dibunuh oleh Malaikat adlh kesan terbakar dileher dan tangannya kerana malaikat menggunakan pedang drpd Api Neraka
  • Setiap orang namanya disebut oleh Rasullah SAW ketika peristiwa di Kaabah mati terbunuh di perang Badar. Allah SWT mengabulkan janjinya. 
  • Tentera Islam menang dengan kekuasaan Allah SWT

Pengajaran daripada kisah Perang Badar

Part I :  Kisah Uqbah bin Abi Mu'ayyit orang quraisy yg menjadi tawanan.

Pd suatu hari, Nabi Muhammad SAW sedang menunaikan solat di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek baginda. Tiba2 ada orang datang menyembelih unta di Kaabah. Pembesar-pembesar td cabar-mencabar antara mereka siapa yang berani meletakkan perut-perut unta berdarah di atas kepala Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang sujud di Kaabah. Uqbah bin Abi Mu'ayyit bangun dan berkata "aku yang akan melakukanya". Lalu dia pun pergi  menganqkat tali-tali perut itu dan meletakannya di atas kepala Nabi Muhammaad SAW. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak melihat Nabi Muhammaad SAW diperlakukan begitu. 

Perut-perut unta itu terus berada di kepala baginda sehinggalah anaknya Fatimah lalu. Fatimah membuang kotoran tersebut sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung ayahnya. Apbl Nabi Muhammad SAW bangun, baginda memerhati mereka semua. Lantas baginda berdoa dan menyebut setiap nama mereka yang ada pada masa itu. Menurut perawi hadis ini, "Aku melihat setiap orang yang Muhammad sebut itu semuanya mati terbunuh di Badar"

Uqbah bin Abi Mu'ayyit merupakan salah seorang drpd 70 orang tawanan Badar. Nabi Muhammad SAW memerintahkan Uqbah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib dan Asim bin Thabit. Baginda berkata lagi "pernah suatu hari semasa aku sedang sujud di Kaabah, dia datang dan meletakkan kakinya dileherku dan ditekannya sehingga hampir-hampir aku mati". Apabila para sahabat membawa mayat Uqbah ke lubang, mayatnya sudah busuk, kembung dan dagingnya terlerai. Jadi mayatnya ditimbus disitu dengan batu-batu. 

Baginda pergi ke lubat mayat orang-orang bukan Islam. Hampir semua mayat pembesar bukan Islam Quraisy ada di situ termasuk Abu Jahal . Baginda menyeru nama mereka seorang demi seorang. Kemudian baginda berkata yang bermaksud "Adakah kamu semua mendapati apa yang tuhan kamu janjikan kepada kamu itu benar?, Sesungguhnya aku mendapati apa yang Tuhanku janjikan padaku adalah benar".

Oleh yang demikian, janganlah kita gopoh dalam berdoa.  Nabi Muhammad SAW  pernah berpesan "akan dikabulkan doa sesorang daripada kamu selagi tidak gopoh
 dengan TuhanNya, Allah SWT

Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Maha Tahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source : Biografi Muhammad bin Abdullah, Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, PTS Islamika Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment