Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday 9 April 2012

Sakit Belakang Ketika Hamil



Mengapa sakit belakang/pinggang semasa hamil ... antara punca/ faktornya adalah:

  • Perubahan postur badan
Perubahan postur badan adalah melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil.
  • Perubahan berat badan
Penambahan berta badan yang keterlaluan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran baby dlm kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.
  • Perubahan hormon 
Rembesan hormon yang dpanggil 'relaxin' ketika mengandung bg melonggarkan ligamen sendi pada bhgn pelvis dan  tulang belakang bg memudahkan proses bersalin juga meningkatkan risiko sakit belakang.
  • Keletihan otot-otot
Posisi duduk, berjalan dan baring yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang

Beberapa langkah yang dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang:



Posisi berdiri :

Posisi bahu dan punggung mesti selari ketika berdiri.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org


Posisi duduk :

Pilih kerusi yang selesa, ini bermakna mempunyai tempat duduk yang kukuh dan tempat letak tangan.
Letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang supaya menyokong belakang badan.
Jangan duduk bersilang kaki, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus tegak.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur :

Jangan tidur terlentang : tidur terlentang akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien pada baby.
Tidur mengiring, kedua-dua sendi lutut dibengkokkan sedikit & letakkan bantal di antara kedua peha.
Tidur mengiring: akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada baby.

Mengiring ke kanan @ ke kiri :

Ada sesetengah Doktor mengatakan ke kiri, tetapi kiter tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubadi di dalam blognya menyatakan seorang wanita boleh mengiring ke sebelah kiri atau sebelah kanan, tetapi beliau lebih suka jika wanita tidur mengiring ke kanan kerana ianya menepati sunnah Rasullah S.A.W

Hadis riwayat Tarmizi : "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata : Inilah cara berbaring yang di benci Allah S.W.T.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Jika pekerjaan kengkawan memerlukan korang berdiri untuk masa yang lama, mengangkat benda-benda berat, naik tangga bertingkat2 atau bekerja mengikut shif, elok bincang majikan masing2.InsyaAllah ada jalan yang lebih baik untuk keselamatan & kesihatan ibu n anak..Majikan Malaysia x lah sekejam mana.. Duduk terlalu lama juga xbagus, cuba berehat dengan berjalan di sekeliling pejabat selang sejam dan ambil peluang pada waktu rehat untu baring seketika.


 Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Mahatahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source :
http://drzubaidi.com
http://www.mypositiveparenting.org
Berita harian  (Ratu) 11 Mei 2010

1 comment: