Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, 3 April 2012

Rujukan semasa kehamilan


Salam ... hari ni kiter nk share berkenaan rujukan @ buku yang sering dirujuk semasa mengandung nie. InsyaAllah  apa yang dikongsi ini mampu member ilmu & panduan untuk bakal ibu diluar sana terutama skali diri ini hendaknya. Allah SWT Maha Mengetahui di atas ketentuanNya.



Ini antara koleksi yang kiter jdkan rujukan. Ini tak termasuk majalah Pa&Ma dan Mami Baby lagi...seronok xterkate biler dapat kumpul... Kat bawah nie kiter akan review simple2 jer yer...yang best tentang buku sahaja. Nak tau details mummy2 boleh dapatkan di pasaran yer...


Diari hamil 



Buku favourite kiter.. dari sblm mengandung kiter berkenan sgt yg buku ni ... Biler dh ngandung aper lagi terus kiter grab buku ni... info nyer dalam perkataan yang mudah, senang difahami, bergambar & ibu boleh catatkan perkembangan mingguan baby... Mummy juge boleh mengetahui perkembangan baby week by week... nice kan...  semua serba lengkap dari sebelum hamil, semasa hamil, bersalin dan dalam pantang ...  Lengkap dengan checklist barang baby ... oooh yer...resepi dalam pantang pon ade ... xrugi beli tau ... boleh simpan utk rujukan akan dtg, rasanya sesuai juga untuk bagi hadiah kawan-kawan kawin ..
(Harga Just RM26.00).

Penjagaan sewaktu kehamilan & selepas bersalin – Dr.Rushmini Maris


 


Oleh kerana kiter sgt risau mengenai pengambilan makanan masa awal mengandung, takot tersalah makan & sbgnya....tetapi kene ingat Allah SWT lagi Maha Mengetahui.. Penat juga dan berminggu2 juga kiter ajak hubby pusing kedai buku untuk cari buku yang betul2 bercirikan kesihatan dan penerangan adalah dari skop perubatan & penulisnya adalah seorang Doktor yang berpengalaman luas. Akhirnya jumper jugak buku ni... Buku ni bagus juga sbb semua penerangan adlh dari skop perubatan sprt pemakanan ibu mengandung, psikologi tntng sakit nk bersalin, bantuan perubatan ketika nk bersalin mcm epidural, suntikan pethidine dan mcm2 lagi... Pendek kata aper yang mummy nk tau dr skop perubatan mengenai kehamilan, jangkitan ketika kehamilan atau mengenai kesihatan bayi semuanya ada dlm buku ni.. yang menyebabkan buku ni lagi dahsyat ialah gambarnya semua original dr labour room... Oh My....
(Harga just RM 26.00 juga)


33 Amalan mendidik anak soleh – Ustaz Mohd Rifqi Myiddin

Ini buku paling latest kiter beli ... buku ni beli by hand drpd penulis. Alhamdulillah pengisian buku ini amat menakjubkan walaupun kiter berkesempatan baca hanya separuh buku ... Insyaallah sikit2 akhirnya boleh tammat kan... tp xkan terhenti smp dilahirkan shj sbb anak ini akan didik hingga dewasa Insyaallah . Panduan dr sumber seperti ini amatlah diperlukan..



Antara amalan yg dpt kiter kongsikan kpd mummy2 skalian drpd buku ini ialah :
  • amalan istighfar : dijamin akan memperoleh kebaikan2 smpingan yang lain iaitu keluasan rezeki dan memperoleh zuriat.
  • amalan membaca al-quran: formula utk khatam al-quran spjng tmph kehamilan ialah membaca dua muka setengah muka surat setiap hari atau setengah muka surat setiap kali selepas solat secara konsistem selama 36 minggu. Insyaallah boleh khatam quran. 


Antara yang lain terkandung dlm buku ini adalah sprt amalan perbanyakkan zikir & memuji Allah SWT seperti Zikir Al-Asmaul Husna dan amalan tahnik anak yang baru dilahirkan. Bnyk kebaikkan buku ini sehingga tak terhingga hendak menaipnya. Insyaallah dari semasa ke semasa kiter akan kongsikan amalan yg mulia ni bersama mummy2 skalian.. (Harga just RM 30.00)


* click image untuk lihat lebih jelas

2 comments:

  1. buku diari hamil tu aida ada.. pregnant 1st dulu tak tulis sebab sayang, pregnant 2nd aritu sempat tulis sikit je.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. aida: sabar yer...Allah menjanjikan yg terbaik utk umatnya... dh ade yg menanti di syurga..kita tergolong dikalangan orang yang bertuah kan :)

    ReplyDelete