Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Thursday, 31 May 2012

Bila dah suka :)

Apa yang suka sangat ni ... hahaha... xpenting pon 

Tp nk cerita jugak, dekat opis mmg la ade pen yang di supply tuk staf nyer kan ... tp saya xberkenan (cewah demand cm terrer sgt wat keje)

Disebabkan keterujaan terhadap pen ni xperasan sampai kering kiter pakai weeeii ... slalunyer kalo pen2 lain jangan harap bertahan kat meja ni, xsempat habis dakwat dh hilang n kene rembat ..

Pen apakah itu ? berapa harganya ? bagus sangat ke?

Pen FABER-CASTELL jer wei , harga bawah RM 6.00-2 pcs kot , True Gel 0.7 mm fine
      ü  memang best pen ni
ü  bila tandatangan lancar jer 
ü  menulis apatah lagi 
ü  dakwat tip top xder ketul-ketul 
ü  bila jatuh steady lagi blh pakai 

ni tuk tatapan korang ... weee... kering tau ...dasyat cam wat nota budak sekolah kan :)


Ubat or cream hilang parut yang berkesan/ best

Tajuk memang best, tp kejadian yang menimpa mmg xbest ...hukhuk :'(

Dipagi yang dingin 21 Mac 2012, seorang suami yang penyayang bangun pagi utk membuat air panas utk isterinya mandi ... disebabkan isterinya terkena sinusitis yang kronik di awal mengandung, xleh kena sejuk n habuk bagai .. maka suami yang penyanyang pon membantu si isteri ... rumah teman  xde heater so manual jerla di pagi hari tersebut ... hari kedua nk mandi air panas la konon ... sbb rancang nye hujung bulan baru nk beli ...

dgn keadaan sunyi sepi dii subuh hari, tiba2 terdengar bunyi orang menjarit di dapur, rupenyer suami ku dh terkena air panas ... dlm kelam kabut teman bangun nk tgk,kiter pun terjatuh katil ... huwaaaa ingat leh terbang tadi, xyah guna kaki ... kiter pon bangun berlari la ke dapur .. tgk2 air panas dh kene kat badan dan kaki hubby ... gi bilik mandi tlng siramkan lama-lama, buh colgate (slalu kan dengar petua orang la konon), solat subuh lantas ke DEMC.

Sampai DEMC gi emergency, 3 bidadari DEMC pon cuci luka tersebut ... kene sound ngan nurse (laen kali jgn bubuh colgate sbb colgate panas- katanya). Ok lain kali xmo kene dah so xkan buat lagi.. hubby dapat ubat, isterinya pun dapat ubat .. xpasal-pasal dapat ubat jugak sbb jatuh katil ...lebam juga sampai seminggu ... Alhamdulillah yang kene lutut, xjatuh perut dulu ...

Ok berbalik kepada ubat or cream hilang parut yang kitaorang beli kat watson dan ini la hasilnya


cream yg kitaorang beli ni bnyk jual kat pharmacy, so kalo nak try boleh try jenama "colonial dames" ni :


mcm mana kiter yakin jenama ni, dulu masa kiter tingkatan 3 or 4 xsilap la, kiter ade parut kat muka sbb terkena besi , so my aunty bagi cream muka dia jenama ni tuk kiter pakai ... alhamdulillah parut tersebut dh xder kat muka .. so kalo kat muka cuba pakai cream ni .. 


lepas kejadian, xmo mandi air panas dah sian kat suami ku tau ... rase bersalah smp skarang ... tp bila parut dh hilang lega ckit hati .. daaaa 

Monday, 28 May 2012

Baby Bouncers


Top Baby Bouncers 

macam mana korang cari bouncers idaman ... emm skang mcm2 bouncer ade . yang klasik smpla yang canggih-manggih ... ni antara bouncer yang ade .. cuci mate dulu sblm kiter cuci poket...hehehe...

Oeuf Baby Lounger
Material kain daripada kain kapas dan boleh dimasuk mesin.Rekaan kemas dan klasik. Lapik nyer mcm sedap jer kan.









Maclaren Rocker

Mudah dibawa dimana mempunyai set pemegang. Mempunyai sistem getaran lembut yang menggunakan bateri. Material yang sangat lembut dan mempunyai alas kepala sebagai sokongan tambahan. Boleh juga dijadikan kerusi pegun jika penat menggoyang.. sgt style n ade mcm2 colour.








BABY BJORN Babysitter

Macam selesa jer baby ni duduk kat sini kan. Fabrik yang boleh diterbalikkan dan mudah di basuh. Bouncer ni boleh diattach dengan mainan kecil yang comel dan mudah juga dilaras.  










Fisher Price: Newborn To Toddler Portable Rocker

Seperti Maclaren juge, bouncer ni boleh digunakan dalam posisi baring, goyang dan juga duduk. Dilengkapi dengan mainan yang digantung. Boleh digunakan sehingga baby boleh berjalan. Yang ni mmg famous kt Malaysia, setakat ni ramai juga kawan-kawan kiter yang pakai. 







Combi Pod Bounce

Reka bentuk menarik. Bentuk kaki bouncer seperti lebah. Lagi wowww bouncer ni leh connect dengan mp3 n boleh bergoyang sama mcm bouncer lain .. canopy yang diberi boleh dibuka mengikut keselesaan.









Svan Bouncer


Rangka kayu yang ergonomik pd bouncer ni mmg menunjukkan bouncer rekaan moden. Rasanya xde kat Malaysia kot. Boleh laras sepenuhnya untuk baby tido or duduk. Mudah disimpan n di bawa bersma ketika travel.





Bloom Coco Baby Lounger

 Wowww yang atas moden, yang ni Urban yer nokkss... mcm kerusi mak paknya pulak. Dengan seat leather n self rocking membuatkan bouncer ni mmg ditahap mengujakan.. sorry xder kat malaysia ok..







sampai sini jerla kot review pasal bouncer ... yang mane satu pilihan mummy2, untuk anak mama "suprise" ... nanti mama update later okays.. 

Sunday, 6 May 2012

Keterbukaan minda .....

really want to share but .... emmm 


Pengalaman keguguran yang lepas serta pengalaman member2 opis bnyk mempengaruhi kiter utk menulis. Memang mcm2 nk share kt blog ni tp kerisauan memang xkan hilang selagi anak yang dikandung belum dilahirkan lagi. Pengalaman member2 opis dh cukup wat hati mummy risau, ada yang 2 kali mengandung gugur, ada yang gugur ketika usia baby 7 bulan dlm kandungan dan ada juga yang meninggal ketika saat dilahirkan.. Al-Fatihah untuk anak2 kalian. Dah ade yang menanti di Syurga ..

Orang kater jgn seronok sgt, jgn berlebih sgt ... tp yang diperhatikan rakan2 kiter yang mengalami pengalaman di atas semuanya tenang dan sabar orangnya... tiada yang berlebihan sikapnya... Allah SWT lagi Maha Mengetahui ... pengalaman ini membuatkan kiter lebih senang bersederhana ketika menulis dan senang berkongsi gambar yang di ambil drpd internet sahaja tanpa berkongsi gambar peribadi .... InsyaAllah suatu hari nnt akn kita share sedikit demi sedikit ... Hanya doa, tawakkal dan berserah diri kepada Allah SWT semuga semuanya selamat ... Hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya.

Amin ...

Wednesday, 25 April 2012

Drying Rack for Feeding Bottle

skarang time yang plng sesuai utk kiter survey barang2 baby ... and menurut mentua ku dh boleh beli dh pon.. hehehe.. suke-suke-suke ... drying rack antara stuff yang diketegorikan oleh aku sbg "must buy" .. bukan sbb ikut trend semasa tetapi utk memudahkan pengeringan dan penyimpanan agar x bercampur aduk kat singki bersama sudu garpu ...tak gitu  :)


antara yang tercomel and terhangat dipasaran ... kalo kiter jumper lg ... kiter update don't worry
     




Beaba Draining Rack
~ RM 155.00 - RM 160.00









Skiphop : spach dryer rack (with bottle brush)
~ RM 149.90- RM 160.00











Boon : Glass countertop drying rack
~ RM 98.00 - RM 100++










Munchkin Sprout® Drying Rack
~ RM 98.00 - RM 100++









Prince LionHeart: Complete Drying Station
 ~ RM 80.90 - RM 85.00









The First Years: Spinning Drying Rack & Organizer
~ RM 72.00-RM 80.00






Munchkin Deluxe Drying Rack
~ RM 41.00 - RM 46.00









The First Years: Easy Store Drying Rack
 ~ RM 31.40 -RM 35.00










Treenie classic drying rack
~ RM 29.90 - RM 32.00










Drying rack ni boleh beli thru online kt website di bawah or others blog/fb or korang boleh terjah kt shopping complex yg berdekatan kecuali billion dan seangkatan dgnnya... xtau la ade ke x...huhu...

FB: BabyLady ShoopeOnline
http://www.littlewhiz.com
http://www.mybabyshop.com.my
https://www.babylandmalaysia.com

Tuesday, 24 April 2012

Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part II)

Ringkasan mengenai Peperangan Badar telah kiter tulis di entry sebelum ni di bawah tajuk Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part I) . Hari ni kiter akan sambung part II. Moga penulisan ini memberi seribu makna kepada setiap org yg membacanya.


Pengajaran daripada kisah Perang Badar

Part II :  Kisah Suhail bin Amr orang quraisy yg menjadi tawanan Badar.

Suhail bin Amr merupakan jurucakap bagi orang bukan islam. Beliau merupakan antara 70 orang Quraisy yang menjadi tawanan Badar. Suhail bin Amr merupakan penceramah Quraisy yang selalu menggunakan ucapan-ucapannya bagi memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Apabila Suhail bin Amr ditawan, Umar meminta izin drpd Nabi Muhammad SAW untuk memenggal kepala Suhail. Kemudian Umar meminta izin untuk mencabut semua giginya supaya tidak dapat lagi berucap menentang islam.  Nabi Muhammad SAW tidak membenarkannya. Rasullah berkata, "mungkin suatu hari nanti dia akan berbuat sesuatu yang baik untuk Islam". Memang benar telahan Rasullah. Selepas itu, Suhail memeluk Islam dan menjadi orang Islam yang baik.

Selepas kematian Nabi Muhammad SAW, berlaku ujian murtad dimana kebanyakkan suku-suku Arab murtad. Orang-orang Mekah juga hampir murtad. Suhail bin Amr lah insan yang mengukuhkan kembali mereka kepada islam. Begitulah iman dan islam dapat mengubah manusia.


Oleh yang demikian, tanamkan sifat pemaaf di dalam diri kita sesungguhnya Allah SWT menyintai orang yang pemaaf :

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Memang benar sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan :

Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Mungkin kebaikan tidak lagi dilihat pada orang yang selalu tidak menyenangkan hati kita, InsyaAllah suatu hari nanti kebaikkan akan dapat kita lihat pada dirinya.  

Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Maha Tahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”


source : 
Biografi Muhammad bin Abdullah, Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, PTS Islamika Sdn Bhd.
http://halaqah.net : Topik: Sifat Pemaaf Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa

Contoh senaman ibu hamil


Antara senaman selamat yang boleh diamalkan. Rujuk post sebelum ini sebelum bersenam yer :
(click image untuk lebih jelas)

source: http://www.dalamcantik.com


source: http://www.dalamcantik.com



Source: http://www.beautythroughstrength.com


source : http://www.summitmedicalgroup.com



source : http://www.summitmedicalgroup.com

Monday, 23 April 2012

Senaman ketika Hamil

Bersenam ?? sebulan berapa kali ?? .. oh My.. boleh kira dgn sblh tgn sikitnya .. memandangkan pinggang ni dh sakit sgt n hubby dh bnyk kali pesan (sbb dh xlarat nk dgr rengekan ibu mengandung skt pinggang), so dgn azam yang baru timbul maka berkobar2lah semangat nk bersenam ...


Manfaat Bersenam
  • Organ badan berfungsi dengan lebih baik
  • Mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu
  • Membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita mempunyai tenaga yg kuat utk meneran 
  • sembuh dan sihat lebih cepat selepas bersalin
  • bersenam pada waktu siang membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam.
  • Mengatasi masalah kurang selera makan yang dihadapi sesetengah wanita hamil (kerana badan menggunakan banyak tenaga ketika bersenam, ibu hamil akan makan bagi menggantikan balik tenaga yang digunakan)


Kaedah senaman yang selamat utk ibu hamil
  • bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing 
  • sasarkan untuk bersenam selama kira-kira 30 minit, tiga kali seminggu
  • jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika anda berasa tidak selesa
  • dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula tidak melebihi daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit)
  • senaman perlulah dilakukan secara sederhana dan bersifat lembut 
  • contoh senaman yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang
  • Gunakan bra sokongan, kasut yang selesa semasa bersenam

Senaman yang amat digalakkan semasa hamil
  • Sukan Air
    • Apbl otot bergerak dan aktif, ia tidak  menerima tekanan daripada berat badan. Kajian menunjukkan senaman @ pergerakan yang dibuat di dalam air amat sesuai dgn ibu hamil. Sifat air yang mengimbangi tubuh badan menjadikkannya medium terbaik utk pergerakkan yang seimbang. Semasa hamil beban terarah ke bhgn blkng ibu dan membuatkan tulang blkng sakit. Di dlm air daya apungan membantu mengangkat beban tersebut dan tulang belakang bebas berehat sepenuhnya. Senaman ini mampu memberi keselesaan kpd ibu hamil yg menghadapi mslh sakit belakang.


Info Penting : Tukar rutin senaman mengikut usia kehamilan

Rutin senaman perlu ditukar apabila baby semakin besar.  

First Trimester:
Kurang senaman yang memerlukan banyak pergerakkan bagi mengelakkan badan daripada terlampau panas. 

Selepas trimester pertama:
Tinggalkan mana-mana senaman yang memerlukan anda berbaring terlentang atau berdiri setempat untuk jangka masa yang lama. Kedua-dua kedudukan ini boleh mengurangkan peredaran darah kepada baby.


Senaman yang perlu dielakan
  • berlari atau berjoging. 
  • menunggang kuda @ mendaki 
  • senaman regangan keterlaluan. 
  • senaman yang menekan atau memberi tekanan pada perut. 
  • angkat berat. 
  • gerakan pusingan pinggang. 


Ibu Hamil yang perlu lebih berhati-hati apabila bersenam dan perlu berbincang dengan doktor anda sebelum bersenam jika:
  • pernah melahirkan bayi pramatang atau hampir keguguran sebelum ini.
  • kandungan zat besi dalam darah anda sangat rendah (anemia yang teruk).
  • bayi yang anda kandungi ini kecil berbanding usia kehamilan anda.
  • mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia.
  • berat badan anda terlalu berlebihan atau terlalu kurang.
  • mempunyai masalah berkaitan sendi atau otot.
  • mempunyai masalah berkaitan jantung atau paru-paru.
  • mengandung anak kembar dua, tiga atau lebih.
  • mempunyai diabetes.


Ibu Hamil yang tidak patut bersenam langsung jika:
  • Anda pernah mengalami pelahiran pramatang atau hampir keguguran dalam kehamilan ini.
  • Kedudukan uri anda rendah (plasenta previa) selepas usia kehamilan anda 26 minggu.
  • Serviks anda lemah (juga dikenali sebagai ketidakcekapan pangkal rahim).
  • Anda mempunyai penyakit jantung atau paru-paru yang serius.
  • Anda sering mengalami pendarahan faraj.
  • Tekanan darah anda terlalu tinggi.

 * Mummy harus ingat : Minum air yang banyak ketika dan selepas bersenam bagi mengelakkan masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekurangan air dalam badan. Sian baby kan .. sentiasa juga memantau pergerakan baby. Jika pergerakannya menjadi perlahan atau berhenti, berehatlah. Walaupun bagaimanapun,baby biasanya akan senyap apabila anda bersenam. Jika rasa sesuatu yang tidak kene segeralah berjumpa doktor..


Source:
http://www.babycenter.com.my
http://www.dalamcantik.com
Buku Penjagaan sewaktu kehamilan & selepas bersalin – Dr.Rushmini Maris

Ibu hamil & Kosmetik



Ramai yang menegur knp x pakai make up or cantik2 masa pregnant ni.... muka pucat ajer...  bukan sbb mengandungkan anak lelaki (sbb kiter pon xtau gender lg, baby i pemalu okay) or malas ... tetapi ketahui lah setiap kosmetik yang dipakai dikuatiri ade risiko pada baby... so hari ni, kiter nk kongsi info yang kiter cari untuk para mummy lebih berhati2 & lebih berfikir panjang..

For my self, kiter lebih memilih jalan selamat dgn tidak menggunakan sebarang kosmetik semasa mengandung. If nak kuar rumah or bekerja kiter hanya menempek bedak baby di muka & menggunakan eyeliner shj .. i dont care ape org nk cakap..suami ku tau, ku cantik...ceeewaaahh..

Nasihat  yang jelas buat para mummy:
  • Jgn ambil pil sebarangan tanpa mengetahui dgn jelas isi kandungannya
  • Jauhi kosmetik yang mengandungi hidrokuinon dan bahan kimia toksik
  • Dptkan nasihat doktor sblm menggunakan kosmetik ketika hamil

Ini antara bahan2 yg sering digunakan oleh para wanita & implikasi yang mungkin akan terjadi ~ renung-renungkan :

Pemutih 
Hindari dari menggunakan produk ini semasa hamil kerana kandungannya yg mengandungi merkuri boleh menyebabkan keguguran. Jika kulit mummy kering oleskan sahaja dgn baby oil @ krim baby @ natural produk yang diyakini .
Lipstik
pewarna @ pengawet yang terkandung dlm lipstik tidak bahaya ditelan, namun jika terus menerus terkumulasi (kebiasaan menjilat bibir) dalam jumlah yang banyak akan merbahaya bagi mummy & baby ..
Ubat jerawat 
Kebiasaanya ubat jerawat mengandungi retinoic asid & bahan kimia yang berkemungkinan menyebabkan kecacatan pada bayi sbnyk 35%. Oleh yang demikian, mummy dinasihati sekiranya ingin untuk membuat rawatan, lakukan apabila usia kandungan mencecah 4 bulan ke atas.
Wangian
Bahan kimia yang terkandung dlm wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran serta penyakit saraf. Implikasi ini diterima sekiranya penggunaan produk adalah secara langsung di kulit (sentuhan) dan sistem pernafasan (semburan/gas).

for more info log on website di bawah:

source :
http:// anmum.com
http://www.prn.usm.my/bulletin ~ National Poison Centre, USM
Buku Penjagaan sewaktu kehamilan & selepas bersalin – Dr.Rushmini Maris



Monday, 9 April 2012

Selami Sifat Rasullah SAW melalui Perang Badar (Part I)

Semangat cintakan Rasullah SAW merupakan pendorong untuk menulis dan berkongsi ilmu yang dibaca .. Moga Allah SWT memberkati penulisan ini ..



Ringkasan mengenai Peperangan Badar
  • Berlaku di Badar yang merupakan sebuah kawasan mata air
  • Perang Badar merupakan perang yang singkat iaitu hanya 2 jam
  • Umat islam yang menyertai peperangan ketika itu hanyalah seramai 313 orang 
  • Tentera lawan yakni tentera quraisy adalah hampir 1000 orang
  • Peperangan pertama yang turut disertai oleh 1000 Malaikat di atas kuda putih yang diketuai oleh Jibril
  • Seramai 70 orang tentera bukan islam terbunuh dan 70 orang ditawan
  • Tanda2 mayat dibunuh oleh Malaikat adlh kesan terbakar dileher dan tangannya kerana malaikat menggunakan pedang drpd Api Neraka
  • Setiap orang namanya disebut oleh Rasullah SAW ketika peristiwa di Kaabah mati terbunuh di perang Badar. Allah SWT mengabulkan janjinya. 
  • Tentera Islam menang dengan kekuasaan Allah SWT

Pengajaran daripada kisah Perang Badar

Part I :  Kisah Uqbah bin Abi Mu'ayyit orang quraisy yg menjadi tawanan.

Pd suatu hari, Nabi Muhammad SAW sedang menunaikan solat di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek baginda. Tiba2 ada orang datang menyembelih unta di Kaabah. Pembesar-pembesar td cabar-mencabar antara mereka siapa yang berani meletakkan perut-perut unta berdarah di atas kepala Nabi Muhammad SAW yang ketika itu sedang sujud di Kaabah. Uqbah bin Abi Mu'ayyit bangun dan berkata "aku yang akan melakukanya". Lalu dia pun pergi  menganqkat tali-tali perut itu dan meletakannya di atas kepala Nabi Muhammaad SAW. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak melihat Nabi Muhammaad SAW diperlakukan begitu. 

Perut-perut unta itu terus berada di kepala baginda sehinggalah anaknya Fatimah lalu. Fatimah membuang kotoran tersebut sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung ayahnya. Apbl Nabi Muhammad SAW bangun, baginda memerhati mereka semua. Lantas baginda berdoa dan menyebut setiap nama mereka yang ada pada masa itu. Menurut perawi hadis ini, "Aku melihat setiap orang yang Muhammad sebut itu semuanya mati terbunuh di Badar"

Uqbah bin Abi Mu'ayyit merupakan salah seorang drpd 70 orang tawanan Badar. Nabi Muhammad SAW memerintahkan Uqbah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib dan Asim bin Thabit. Baginda berkata lagi "pernah suatu hari semasa aku sedang sujud di Kaabah, dia datang dan meletakkan kakinya dileherku dan ditekannya sehingga hampir-hampir aku mati". Apabila para sahabat membawa mayat Uqbah ke lubang, mayatnya sudah busuk, kembung dan dagingnya terlerai. Jadi mayatnya ditimbus disitu dengan batu-batu. 

Baginda pergi ke lubat mayat orang-orang bukan Islam. Hampir semua mayat pembesar bukan Islam Quraisy ada di situ termasuk Abu Jahal . Baginda menyeru nama mereka seorang demi seorang. Kemudian baginda berkata yang bermaksud "Adakah kamu semua mendapati apa yang tuhan kamu janjikan kepada kamu itu benar?, Sesungguhnya aku mendapati apa yang Tuhanku janjikan padaku adalah benar".

Oleh yang demikian, janganlah kita gopoh dalam berdoa.  Nabi Muhammad SAW  pernah berpesan "akan dikabulkan doa sesorang daripada kamu selagi tidak gopoh
 dengan TuhanNya, Allah SWT

Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Maha Tahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source : Biografi Muhammad bin Abdullah, Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman, PTS Islamika Sdn Bhd.

Without Allah SWT


Ketaatan & Cintaku hanya pada Mu dan Rasul Mu, Ya Allah



Sakit Belakang Ketika Hamil



Mengapa sakit belakang/pinggang semasa hamil ... antara punca/ faktornya adalah:

  • Perubahan postur badan
Perubahan postur badan adalah melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil.
  • Perubahan berat badan
Penambahan berta badan yang keterlaluan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran baby dlm kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.
  • Perubahan hormon 
Rembesan hormon yang dpanggil 'relaxin' ketika mengandung bg melonggarkan ligamen sendi pada bhgn pelvis dan  tulang belakang bg memudahkan proses bersalin juga meningkatkan risiko sakit belakang.
  • Keletihan otot-otot
Posisi duduk, berjalan dan baring yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang

Beberapa langkah yang dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang:



Posisi berdiri :

Posisi bahu dan punggung mesti selari ketika berdiri.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org


Posisi duduk :

Pilih kerusi yang selesa, ini bermakna mempunyai tempat duduk yang kukuh dan tempat letak tangan.
Letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang supaya menyokong belakang badan.
Jangan duduk bersilang kaki, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus tegak.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Posisi tidur :

Jangan tidur terlentang : tidur terlentang akan menyebabkan rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar (aorta dan inferior vena cava) lalu menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien pada baby.
Tidur mengiring, kedua-dua sendi lutut dibengkokkan sedikit & letakkan bantal di antara kedua peha.
Tidur mengiring: akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada baby.

Mengiring ke kanan @ ke kiri :

Ada sesetengah Doktor mengatakan ke kiri, tetapi kiter tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubadi di dalam blognya menyatakan seorang wanita boleh mengiring ke sebelah kiri atau sebelah kanan, tetapi beliau lebih suka jika wanita tidur mengiring ke kanan kerana ianya menepati sunnah Rasullah S.A.W

Hadis riwayat Tarmizi : "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata : Inilah cara berbaring yang di benci Allah S.W.T.


credit to : http://www.mypositiveparenting.org

Jika pekerjaan kengkawan memerlukan korang berdiri untuk masa yang lama, mengangkat benda-benda berat, naik tangga bertingkat2 atau bekerja mengikut shif, elok bincang majikan masing2.InsyaAllah ada jalan yang lebih baik untuk keselamatan & kesihatan ibu n anak..Majikan Malaysia x lah sekejam mana.. Duduk terlalu lama juga xbagus, cuba berehat dengan berjalan di sekeliling pejabat selang sejam dan ambil peluang pada waktu rehat untu baring seketika.


 Wallahu a’lam bish-shawabi  “Dan Allah Mahatahu/lebih tahu yang benar/yang sebenarnya”

source :
http://drzubaidi.com
http://www.mypositiveparenting.org
Berita harian  (Ratu) 11 Mei 2010

Sunday, 8 April 2012

Baju Mengandung a.k.a Maternity wear



,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni kiter nk kongsi info tentang blog2 yang ade jual baju mengandung secara online ... mood shopping ibu mengandung lg meningkat sbb peluang nk dapatkan baju baru sgt cerah sbb yg sedia ada dh tentu x muat dh.. Hubby dh tentu xboleh kata "NO" ... hehehe..

Bg kawan2 yang kecik molek ala dolls gitu xperlu susah payah nk cari baju cantik fesyen2 ni ... yg naik benjol "sana sini" pening juger nk cari baju ...

Tips beli baju mengandung yang kiter praktikan :
  • Pilih material baju: biasanya kiter cari yang kain cotton (kapas) sebab ianya boleh serap peluh dan sesuai dgn keadaan cuaca kita. Kain lycra pon ok jugak sejuk n mudah diuruskan
  • Jenis baju mesti Maternity wear : Baju mesti betul2 jenis maternity wear sbb potongan nya berbeza drpd yg sedia ada. contoh kalo beli saiz M or L atau besar dari size asal, kadang2 x selesa di bhgn perut dan ... yang penting mesti ada ruang untuk perut bernafas. 
  •  Kelonggaran baju : Jangan beli baju yang ngam2 dengan size badan semasa kecuali kalau suami anda kaya ...hahaha... sebab baby akan makin membesar dgn jayanya . Bagi mengelakkan pembaziran cari baju yang ada "tali di bahagian belakang" sbb ianya boleh diikat mengikut saiz badan semasa.. cutting nmpk kemas & duit pon boleh jimat ... "Tips utk suami bertambah sayang " ..muaahahha..
  • Bilangan baju : Jangan beli banyak2 sekali gus. beli sedikit demi sedikit mengikut perubahan saiz perut ini juga bagi mengelakkan pembaziran dan duit boleh disimpan untuk beli barang anak ... 

Antara blog2 yang menjual baju mengandung secara online:

http://www.ibumanja.com 

            


http://www.adrinis.com




http://mumdreams.com.my




http://danitamaternity.blogspot.com/



http://www.onebabyworld.com



http://www.autumnz.com


     
FB : Butik Mengandung Ibuku AZ


Cukupla kot yang online .. bagi mummy2 yang rasa susah nk beli secara online dan lebih selesa utk mencuba sebelum beli boleh juga shopping dekat AEON (Jaya Jusco) jenama Scarlet Maternity pon ok, banyak juga design dan harga pon berpatutan (kebanyakkan baju kiter beli kt jusco jer) ... Bunyi macam banyak kan... tp xpon..hahaha...

Mummy2 boleh tgk website blog yang kiter share di atas dan dapatkan juga alamat perniagaan mereka . Ada juga yang jual kat butik masing2 .. contohnya mcm onebabyworld..  kiter ada jugak shopping baju maternity di kedai mereka dekat shah alam ... alhamdulillah selesa sgt..

Till then .. :) happy shopping u olss ..

Tuesday, 3 April 2012


Best Infant Bathtubs


Lightweight, portable, inexpensive and more!

Bunyi mcm menarikkan   …. Ini ade serba sedikit yg dpt kiter share drpd laman web ni http://www.babble.com … cute n unique. Yg kt Malaysia simple2 jer kan but praktikal, agaknyer dealer pon tau org kiter ni takot nk mencuba…. rasenyerlah ..*hehehe* ….  Kt lmn web tue ade 10 bath tub, tp kiter share 5 cukuplah yer … yg lain mcm kolam mandi (pelampung) baby jer …

  • FISHER PRICE PRECIOUS PLANET WHALE OF A TUB | $22.99
Tab comel ini boleh digunakan oleh bayi & juga kanak2... “penghalang mudah alih" (baby stopper)  di masukkan utk menghalang bayi daripada terjerumus sehingga baby dh bersedia untuk duduk sendiri.  Rasenyer ok dan sama mcm kebanyakkan yg ade kt Malaysia kan ..





  • PUJ TUB | $39.99
Tab mandi ni mmg idea yang bijak bg  yg tinggal kt rumah yg kecil sbb ianya sesuai/ muat dengan kebanyakkan sinki  dan boleh digantung slps digunakan. Emmm  xdpt ku byngkan kalo tgh di mandikan baby mengamuk … mau xlenjun baju mummy…mau x terhantuk kat kpala paip ..

  • THE FIRST YEAR'S INFANT TO TODDLER TUB WITH SLING | $17.98
Anduh jejaring yg disediakan akn membuatkan baby selesa semasa mandi . Penyokong belakang ini boleh disesuaikan mengikut keperluan baby. Yg inovatif mengenai produk ini ialah warna palam longkang akan berubah dan memberi isyarat apabila air terlalu panas!. Mcm yg selalu tgk kt blog baby2 .. cuma mungkin dia punya anduh lebih menarik kot.. n kelebihan lain dr yg ada dipasaran maybe pengesan haba


  • PRIMO INFANT BATH SEAT | $9.99
Tab ni jenis ringan & mudah dibersihkan… sesuai digunakan di sinki atau di tub mandi … xtau nk ulas aper… tgk pon dh gerun, ni kn nk letak baby … mungkin ade kebaikan yg kiter xtau kot … huhuhu…


  • AQUABABY BATH RING | $31.99
Bath ring ni digunakan apbl baby dh mampu duduk…kerusi ni boleh laras mengikut saiz tempat mandi .. xtau pratikal ke tak … rasenya cm susah jer nk  pastikan baby betul2 bersih …