Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday 28 May 2012

Baby Bouncers


Top Baby Bouncers 

macam mana korang cari bouncers idaman ... emm skang mcm2 bouncer ade . yang klasik smpla yang canggih-manggih ... ni antara bouncer yang ade .. cuci mate dulu sblm kiter cuci poket...hehehe...

Oeuf Baby Lounger
Material kain daripada kain kapas dan boleh dimasuk mesin.Rekaan kemas dan klasik. Lapik nyer mcm sedap jer kan.









Maclaren Rocker

Mudah dibawa dimana mempunyai set pemegang. Mempunyai sistem getaran lembut yang menggunakan bateri. Material yang sangat lembut dan mempunyai alas kepala sebagai sokongan tambahan. Boleh juga dijadikan kerusi pegun jika penat menggoyang.. sgt style n ade mcm2 colour.








BABY BJORN Babysitter

Macam selesa jer baby ni duduk kat sini kan. Fabrik yang boleh diterbalikkan dan mudah di basuh. Bouncer ni boleh diattach dengan mainan kecil yang comel dan mudah juga dilaras.  










Fisher Price: Newborn To Toddler Portable Rocker

Seperti Maclaren juge, bouncer ni boleh digunakan dalam posisi baring, goyang dan juga duduk. Dilengkapi dengan mainan yang digantung. Boleh digunakan sehingga baby boleh berjalan. Yang ni mmg famous kt Malaysia, setakat ni ramai juga kawan-kawan kiter yang pakai. 







Combi Pod Bounce

Reka bentuk menarik. Bentuk kaki bouncer seperti lebah. Lagi wowww bouncer ni leh connect dengan mp3 n boleh bergoyang sama mcm bouncer lain .. canopy yang diberi boleh dibuka mengikut keselesaan.









Svan Bouncer


Rangka kayu yang ergonomik pd bouncer ni mmg menunjukkan bouncer rekaan moden. Rasanya xde kat Malaysia kot. Boleh laras sepenuhnya untuk baby tido or duduk. Mudah disimpan n di bawa bersma ketika travel.





Bloom Coco Baby Lounger

 Wowww yang atas moden, yang ni Urban yer nokkss... mcm kerusi mak paknya pulak. Dengan seat leather n self rocking membuatkan bouncer ni mmg ditahap mengujakan.. sorry xder kat malaysia ok..







sampai sini jerla kot review pasal bouncer ... yang mane satu pilihan mummy2, untuk anak mama "suprise" ... nanti mama update later okays.. 

No comments:

Post a Comment